Sistem Pembiakan Wanita

Wanita mempunyai sepasang ovari yang memainkan dua peranan penting, iaitu menghasilkan ovum (gamet betina) serta hormon estrogen dan progesteron.
Sistem pembiakan wanita terdiri daripada sepasang ovari, tiub Fallopio, uterus, dan faraj. Ovari terdapat di bahagian bawah rongga abdomen. Setiap ovari berbentuk seperti "biji badam" tetapi saiznya adalah dua kali ganda biji badam. Pembentukan ovum atau oogenesis berlaku di dalam ovari. Uterus merupakan organ yang berdinding tebal, berotot, dan berongga. Dinding uterus dilapisi membran bermukus dan kaya dengan salur darah. Saiz uterus adalah sebesar genggaman tangan. Inilah tempat di mana zigot membesar menjadi fetus. Kedua-dua bahagian tepi uterus terdapat tiub Fallopio yang mempunyai unjuran seperti "jari" yang meliputi ovari. Dari uterus terdapat salur yang dikenal sebagai faraj. bahagian Berotot di antara uterus dengan faraj dikenal sebagai serviks.
Bahagian di dalam organ pembiakan wanita
Fungsinya
Ovari
Menghasilkan ovum.
Tiub Fallopio
Menerima oosit sekunder dari folikel Graaf. Persenyawaan di antara ovum dan sperma berlaku di sini.
Uterus
Tempat penempelan embrio dan perkembangan seterusnya.
Faraj
Tempat di mana sperma dilepaskan dari zakar berlaku.
Pembentukan ovum

Proses pembentukan ovum disebut oogenesis. Di dalam ovari fetus perempuan, terdapat sejenis sel diploid yang disebut oogonium. Oogonium membesar dan menjadi oosit primer. Oosit primer diselaputi dua atau lebih lapisan sel yang dikenal sebagai sel folikel. Struktur ini dikenal sebagai folikel primer. Apabila dilahirkan, bayi perempuan telah mempunyai berjuta-juta oosit primer di dalam ovarinya. Oosit primer ini menjalani meiosis I tetapi terhenti di profasa I.
Perkembangan oosit primer atau sel telur yang belum matang ini hanya berlaku apabila seorang budak perempuan mencapai akil baligh. Setiap bulan beberapa oosit primer akan meneruskan meiosis I untuk membentuk oosit sekunder yang lebih besar dan satu jasad kutub yang kecil. Kedua-dua selini bersifat haploid. Oosit sekunder akan mengalami meiosis II sehingga peringkat metafasa II sahaja.
Oosit sekunder yang diselaputi lapisan sel folikel dikenalsebagai folikel sekunder. Folikel sekunder ini akan membesar dan membentuk folikel Graaf. Folikel Graaf yang mengandungi oosit sekunder akan pecah dan oosit sekunder akan dibebaskan. Pembebasan oosit sekunder dari ovuri dikenal sebagai pengovulan. Oosit sekunder akan memasuki tiub Fallopio dan melengkapkan pembahagian meiosis II sebaik sahaja atu sperma menembusi oosit sekunder.
Pengovulan hanya berlaku pada salah satu ovari setiap bulan. Penghasilan beribu-ribu oogonium dalam ovari fetus sehingga ke peringkat pengovulan oosit sekunder berlaku secara teratur dan sistematik. Keseluruhan peringkat perkembangan dan pembentukan gamet betina ini dikawal atur dengan begitu sistematik oleh hormon-hormon tertentu. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan sistem pembiakan yang begitu istimewa.
0 komentar:
Post a Comment
laporan kasus kesehatan=